There was an error in this gadget

Sunday, March 13, 2011

Majlis Khatam Al-Quran

Mencari ilmu tidak mengenal usia. biarpun berusia 72 tahun, usaha yang tidak kenal jemu mencari ilmu Allah akhirnya mak khatam quran juga. Sebenarnya dah lama habis mengaji tapi kali nie dia kata saja nak buat kenduri dan marhaban.  Niat mak tertunai juga.


Yang menariknya, Kak Long juga datang ke K.L. Baru sampai dari Perlis terus sibuk buat persiapan memasak untuk majlis tersebut. Rumah penuh dengan anak saudara. Mak saudara aku dari Melaka pun turun sama. Ramai kawan-kawan aku yang tinggal kat flat tu yg datang dan bertambah memeriahlah kenduri walau tak cukup tidur. Tak dapat nak jemput semua sebab majlis ini kecil sahaja.  Sebagai kenangan, aku insert gambar di majlis tersebut.

Harap semuanya terhibur.


 Mak tengah get ready untuk baca Al-Quran

Bunga Telur untuk diberikan kepada ustazah yg mengajar mak (Mak Cik Ros Zainal)

 
Hadiah dari Mak (anak murid kepada ustazah)

Bunga Rampai sebagai penyeri majlis

Mak Kecik (kanan) dengan Kak Siti

 Sebahagian dari anak saudara yang datang.


Kawan-kawan yang turut hadir sama.

Iskandar - Anak Kak Bongsu

Zakuan -  Anak Kak Ita

Makcik-makcik kumpulan Marhaban dari flat Sri Pahang

Kak Long dan Mak Cik Ros Zainal

No comments:

Post a Comment