There was an error in this gadget

Sunday, March 14, 2010

Sekapur Sirih @ Janda Baik

Ini merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke Janda Baik. kalau lalu tempat ini memang dah selalu cuma tak berkesempatan singgah saja. Bila BK, Sharin, Farah dan yang lain-lain menyuarakan pendapat serta setuju memilih tempat ini serta usaha gigih dari BK dan razi. akhirnya, kami berjaya juga dapatkan tempat di Janda Baik ini.

Sebelum itu kami cuba dapatkan tempat di D'ark tetapi bukan rezeki kami. Nak buat macam mana.

Walau bagaimanapun, ABC training centre ini tidak kurang hebatnya. Bila aku sampai pada tengah hari itu, aku sudah mula rasa tenang. Rasa tak sabar nak mandi sungai. Sesuai sunguh untuk kami RELAKS di hujung minggu.

Mana tidaknya , anak sungai hanya dilaman rumah. Laman pula sesuai untuk dijadikan tempat riadah serta bersukan. bagi yang berkeluarga, jgn risau semua kemudahan disediakan.

Jika ada yang ingin ke Janda Baik sebagai tempat pilihan atau utk pertama kalinya seperti aku, boleh tengok gambar yg telah aku sediakan.

Terima kasih buat semua yang sudi join the trip. Mungkin kita boleh buat event yg lebih grand lagi di masa depan.

Sekian ♥♥♥

























The Gate Keeper