Penerbangan hanya mengambil masa dua jam 30 minit sahaja. Masa berlalu begitu pantas. Akhirnya kami tiba di lapangan terbang Adi Seomarmo pada pukul satu tengahari. Cuaca cerah. Panas membahang.
Perancangan awal kami adalah untuk ke Jogja dengan menggunakan keretapi yang mengambil masa satu jam. Kami memilih untuk menaiki teksi untuk ke stesyen. Bayaran yang di kenakan dari airport ke stesyen adalah sebanyak Rp55000 sahaja. Oleh kerana ingin hendak sampai awal di Jogja, kami memilih untuk terus ke Jogja dengan menaiki teksi tersebut. Bayaran yg dikenakan adalah sebanyak Rp205,000.00
Apabila tiba di Jogja, kami terus mencari hotel dan kami memilih untl tingal di hotel Trim yg terletak di Jalan Pasar Kembang. Hotel ini erletak berhadapan dengan stesyen keretapi dan bersebelahan dengan Malioboro. Malioboro merupakan syurga membeli-belah. Pilihan terletak di tangan anda. Sama ada ingin membeli barang di kaki lima jalan atau kedai terpilih. Batik merupakan industri utama penduduk di Jogja dan Solo.
Anda boleh lihat masyarakat di sana amat senang untuk memilih kemeja batik sebagai pakaian. Si Lelaki akan memilih kemeja batik begitu juga wanita dengan dress batik. Bukan itu sahaja, pelbagai perhiasan diri dan rumah juga diperbuat dari batik. Kalau hendak membeli barangan batik, anda beoleh membeli di kaki lima jalan, Anda juga perlu bijak tawar menawar. Jika anda membeli batik di gedung, ianya tidak menjadi masalah. cuma yang paling penting ialah cukupkah duit anda.
Selain Batik, Jogja juga merupakan kota warisan dunia di dalam senarai yang ke 642. Candi Borobudur dan Candi Prambanam merupakan salah satu tempat yang wajib anda kunjungi. Nama lain bagi Candi Prambananan ialah 1000 candi. Ini kerana di sekeliling candi Prambanan, terdapat juga candi-candi disekitar kawasan tersebut seperti Candi Sewu. Gempa bumi yang melanda Jogja telah menyebabkan kerosakan. Pihak pemerintah mengambil inisiatif untuk memulihara candi-candi ini dengan membina semula candi yang telah rosak atau runtuh akibat gempa bagi mengekalkan warisan dunia untuk masa depan.